- JBS Kelantan
- Hits: 52
Kemeriahan Program Pasir Puteh Run 2025 Kumpul Peminat Sukan Larian
- JBS Kelantan
- Hits: 52
PASIR PUTEH, 30 JUN 2025 – YBrs Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menyempurnakan Majlis “Flag Off” Peserta Pasir Puteh Run 2025 yang merupakan program Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Pasir Puteh.
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh telah dipilih sebagai tempat pelepasan larian sejauh 5.5 kilometer (KM) dan penyertaan telah terbuka kepada 4 kategori iaitu Pelajar A (12 tahun & ke bawah), Pelajar B (13–17 tahun), Dewasa C (18–45 tahun) dan Veteran D (46 tahun ke atas - Lelaki sahaja) Seramai 1,700 orang peserta yang telah berkumpul seawal jam 6 pagi lagi.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai acara hari ini dan berjaya menamatkan larian sejauh 5.5KM. Semoga program kecergasan seumpama ini sentiasa mendapat sambutan dan diteruskan demi kesihatan diri.
Program ini telah mendapat peruntukan dari Dana Sukan Komuniti (DSK) Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Dana ini adalah bantuan kewangan yang disediakan untuk persatuan dan kelab sukan yang berdaftar bagi menganjurkan program dan aktiviti sukan komuniti. DSK bertujuan untuk mempergiatkan dan merancakkan aktiviti sukan di peringkat akar umbi, serta membangunkan bakat muda.
Turut hadir hari ini ialah En. Mohd Khalis Syafiq Bin Mohamad Nor, Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Tuan Haji Tuan Silmi bin Tuan Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh, dan Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan