Program Rakan Mahir Canva Skill For Life @ Daerah Tumpat Tahun 2025

TUMPAT, 22 Jun 2025 - Program Rakan Mahir Canva Skill For Life @ Daerah Tumpat Tahun 2025 telah berlangsung pada 21 Jun 2025 bertempat di Makmal Komputer, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bijiwangsa, Tumpat yang telah disertai seramai 37 orang peserta.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat dengan kerjasama Syarikat Paseto Venture. Antara pengisian dalam program ini, para peserta dapat belajar membuat reka bentuk (design) sendiri disamping menghasilkan produk poster dan video melalui kemahiran menggunakan sistem canva. Selain itu para peserta juga mempelajari cara-cara membuat design mengikut kehendak masing-masing untuk kegunaan di masa hadapan.

Majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati telah disempurnakan oleh Encik Wan Mohd Erffan Bin Wan Mohd Nasir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat. Turut hadir ialah Puan Azura binti Zakaria Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dato’ Bijiwangsa, Cik Nur Aishah Binti Emi, Tenaga Pengajar Canva dari Paseto Venture dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tumpat.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search