- JBS Kelantan
- Hits: 49
Program Rakan Mahir : Bengkel Penghasilan Pes Masakan Skills For Life @ Pasir Puteh Siri 4/2025 Telah Menarik Minat Belia Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 49
PASIR PUTEH, 26 JUN 2025 – Program Rakan Mahir : Bengkel Penghasilan Pes Masakan Skills for Life @ Pasir Puteh Siri 4 yang berlangsung pada 25 Jun 2025 bertempat di Bilik Aktiviti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Bengkel yang dianjurkan ini memberi fokus kepada pengenalan dan penghasilan pes masakan yang menjadi asas penting dalam pelbagai jenis hidangan harian. Peserta di beri pendedahan dengan pengenalan kepada jenis-jenis pes masakan, serta fungsinya dalam masakan harian, demonstrasi teknik penyediaan seperti menumis, adunan bahan dan penghasilan tekstur pes yang sesuai, kaedah penyimpanan dan pembungkusan pes untuk jangka hayat yang lebih panjang, latihan penjenamaan produk, termasuk aspek reka bentuk label, penetapan tarikh luput, serta pembungkusan yang mesra pengguna.
Tenaga pengajar berpengalaman iaitu Puan Suhartini binti Yakub daripada Dapur Akak Gebuzz, telah memimpin sesi bengkel dan berkongsi pelbagai tips praktikal berdasarkan pengalamannya dalam industri makanan.
Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, berharap ianya membuka peluang baharu kepada belia untuk menjana pendapatan dan menceburi bidang keusahawanan makanan.
Bengkel ini berjaya menarik penyertaan yang menggalakkan dan memberi pendedahan berguna kepada peserta dalam membina asas perniagaan produk masakan sendiri, sekaligus menyokong matlamat pembangunan belia berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
#pbsdpasirputeh
#jbsnkelantan
#rakanmida
#RakanMahir
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
#SkillsForLife