- JBS Kelantan
- Hits: 39
Program Rakan Mahir : Bengkel Tik Tok & Affiliate Skills For Life @ Pasir Puteh Siri 3/2025 Perkasa Kemahiran Digital Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 39
PASIR PUTEH, 26 JUN 2025 – Dewan Sri Gemilang, Giat MARA Pasir Puteh menjadi lokasi penganjuran Program Rakan Mahir : Bengkel TikTok & Affiliate Skills For Life @ Pasir Puteh Siri 3/2025 yang menghimpunkan dua puluh tiga (23) pelatih Giat MARA untuk mendalami dunia keusahawanan digital melalui platform media sosial. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Giat MARA Pasir Puteh, sebagai kesinambungan usaha memacu kemahiran generasi muda sejajar dengan perkembangan ekonomi digital semasa.
Sesi pembelajaran ini dikenadalikan oleh Encik Mohd Ilham bin Ruslay daripada Ilham Academy, yang berpengalaman dalam bidang pemasaran digital dan keusahawanan media sosial. Peserta didedahkan dengan pengenalan dan persediaan dalam dunia TikTok Affiliate, termasuk pendaftaran dan setup akaun TikTok Shop, strategi menjana pendapatan tanpa produk, serta teknik promosi dan penghasilan konten yang efektif di TikTok.
Program turut merangkumi sesi interaktif soal jawab yang memberi ruang kepada peserta memahami lebih mendalam mengenai potensi TikTok sebagai platform keusahawanan.
Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang menekankan kepentingan belia untuk memanfaatkan platform digital secara bijak dan beretika. Turut hadir memberikan sokongan ialah Encik Samsulaile bin Che Hassan, Pengurus Giat MARA Pasir Puteh.
#pbsdpasirputeh
#jbsnkelantan
#rakanmuda
#RakanMahir
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
#SkillsForLife