- JBS Kelantan
- Hits: 48
Program Rakan Mahir : Bengkel Tik Tok & Affiliate Skills For Life @ Pasir Puteh Siri 2/2025 Cetus Minat Belia Jana Pendapatan
- JBS Kelantan
- Hits: 48
PASIR PUTEH, 26 JUN 2025 – Seramai 20 orang peserta telah menyertai Program Rakan Mahir : Bengkel TikTok & Affiliate Skills For Life @ Pasir Puteh Siri 2/2025 yang diadakan pada 21 Jun 2025 bertempat di Pusat Khidmat ADUN Selising, Pasir Puteh. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Belia Kg Selising.
Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Mohd Ilham bin Ruslay daripada Ilham Academy, yang berpengalaman dalam bidang pemasaran digital dan keusahawanan media sosial. Peserta didedahkan dengan pengenalan dan persediaan dalam dunia TikTok Affiliate, termasuk pendaftaran dan setup akaun TikTok Shop, strategi menjana pendapatan tanpa produk, serta teknik promosi dan penghasilan konten yang efektif di TikTok.
Program turut merangkumi sesi interaktif soal jawab yang memberi ruang kepada peserta memahami lebih mendalam mengenai potensi TikTok sebagai platform keusahawanan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh, yang turut memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif mendidik belia celik digital dan ekonomi. Turut hadir ialah Encik Muhammad Ghazali bin Abdul Hamid, Penaung Kelab Belia Kg Selising, yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.
Bengkel ini membuka peluang kepada golongan muda untuk meneroka potensi pendapatan pasif melalui media sosial, sejajar dengan arus perkembangan ekonomi digital masa kini.
#pbsdpasirputeh
#jbsnkelantan
#rakanmuda
#RakanMahir
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
#SkillsForLife