- JBS Kelantan
- Hits: 64
Program Rakan Mahir : Bengkel Asas Gunting Rambut Wanita Skills For Life @ Pasir Puteh Siri 1/2025 Menarik Minat Belia Pasir Puteh
- JBS Kelantan
- Hits: 64
PASIR PUTEH, 26 JUN 2025 – Program Rakan Mahir : Bengkel Asas Gunting Rambut Wanita Skills for Life @ Pasir Puteh Siri 1/2025 telah berlangsung pada 20 Jun 2025 bertempat di D’Kuala Resort, Semerak. Bengkel ini merupakan hasil kerjasama bersama Pertubuhan Profesional Muda Kelantan (PROMUDA) dan disertai oleh tiga puluh satu (31) belia wanita dari sekitar daerah Pasir Puteh yang berminat mendalami kemahiran dandanan rambut asas.
Bengkel ini memberi penekanan kepada pengenalan alat gunting rambut dan aspek keselamatan, diikuti dengan teori serta praktikal teknik asas gunting rambut. Peserta juga diberi peluang untuk menjalani latihan amali secara langsung dengan menggunakan kepala patung sebagai medium latihan.
Tenaga pengajar bagi bengkel ini ialah Puan Suhaili binti Jusoh daripada Orfeo Salon Spa Academy, yang berpengalaman luas dalam bidang dandanan dan kecantikan. Beliau turut memberikan bimbingan secara langsung kepada para peserta sepanjang sesi bengkel berlangsung.
Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh YM Engku Julianni binti Engku Mokhtar, Setiausaha Pertubuhan Muda Profesional Kelantan (PROMUDA) dan turut hadir Puan Masyitah Fadilla binti Rosdi @ Mohd Rosdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Bengkel ini dilihat sebagai satu platform positif dalam memperkasakan belia dengan kemahiran, sejajar dengan matlamat Skills for Life untuk melahirkan belia yang berdaya saing dan berdikari melalui bidang kemahiran dan keusahawanan.
# pbsdpasirputeh
#jbsnkelantan
#rakanmuda
#RakanMahir
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
#SkillsForLife
