Persidangan Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Jeli 2025 Bincang Isu Semasa Belia

JELI, 26 Jun 2025 - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Jeli Sidang 1 Sesi 2025 berlangsung di Dewan Keranji, Majlis Daerah Jeli pada 25 Jun 2025 dengan kehadiran pelbagai agensi serta NGO Belia yang telah dilantik.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Encik Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaffar, Ketua Jajahan Jeli, merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah Jeli.
Persidangan ini menjadi medan perbincangan isu-isu semasa belia daerah bersama pemimpin pertubuhan belia dan wakil agensi kerajaan. Antara pengisian utama termasuk ucaptama perasmian, , pembentangan kertas kerja oleh Pejabat Perikanan Daerah Jeli serta perbahasan isu dan usul belia.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Majlis belia Jajahan Jeli dan semua yang terlibat dalam menjayakan persidangan ini dan berharap Majlis seumpama ini dapat memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa belia serta merencana pembangunan belia di daerah ini secara berkesan.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search