Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia Dan Kebajikan Majlis Daerah Machang Bil. 3/2025

MACHANG, 26 JUN 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Islam,Belia dan Kebajikan Majlis Daerah Machang telah diadakan pada 25 Jun 2025 bertempat Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Machang.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan program-program berkaitan pembangunan syiar Islam, inisiatif pemerkasaan belia, serta usaha memperkukuh agenda kebajikan masyarakat setempat. Mesyuarat ini turut bertujuan menyelaras perancangan strategik dan pelaksanaan aktiviti bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti daerah Machang secara holistik.

Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir ke mesyuarat tersebut bagi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search