- JBS Kelantan
- Hits: 78
Mesyuarat Persiapan Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM) 2025 Kampung Kemunchup
- JBS Kelantan
- Hits: 78
MACHANG, 26 JUN 2025 – Mesyuarat Persiapan Anugerah Aspirasi Desa Madani (ADM) 2025 telah diadakan pada 25 Jun 2025 bertempat Dewan Sejati Madani Kampung Kemunchup, Machang.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persiapan awal serta penyelarasan tugas kerana Kampung Kemunchup telah terpilih ke Penilaian Akhir Anugerah Aspirasi Desa MADANI Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan diadakan pada 13 Julai 2025. Fokus utama mesyuarat adalah untuk memastikan kelancaran pelaksanaan program, termasuk aspek logistik, penyediaan bahan promosi, dan penglibatan pihak berkepentingan.
Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir ke mesyuarat tersebut bagi mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang