Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa Sekolah Menengah Sains Machang

MACHANG – 26 JUN 2025 – Satu sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa telah diadakan di Makmal Komputer Sekolah Menengah Sains Machang pada 25 Jun 2025 dengan penglibatan seramai 40 orang pelajar.

Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci mengenai pelaksanaan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa, termasuk syarat penyertaan, struktur modul, peranan mentor, serta garis masa pencapaian setiap komponen program. Taklimat ini juga akan membantu para peserta memahami kepentingan program ini dalam pembangunan sahsiah diri, kepimpinan, dan jati diri remaja.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Shahril bin Aziz, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Machang. Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan PBSD Machang turut hadir bagi membantu pendaftaran pelajar melalui Sistem Anugerah Remaja Perdana (sistem online).

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search