Kunjungan Strategik Pejabat Belia Dan Sukan Gua Musang Ke SMK Tengku Indra Petra Bagi Perancangan Program Anugerah Remaja Perdana

GUA MUSANG, 18 Jun 2025 – En. Muhammad Helme Fiadi, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang telah mengadakan kunjungan strategik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Daerah.

Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Gua Musang dengan pihak sekolah dalam usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berwawasan dan aktif menyertai aktiviti pembangunan sahsiah.

Sepanjang sesi lawatan, beberapa perbincangan strategik telah diadakan bersama pihak pentadbiran sekolah berkenaan penyertaan pelajar dalam program ARPRM yang merangkumi empat komponen utama iaitu kemahiran, rekreasi fizikal, khidmat masyarakat dan penjelajahan ekspedisi.

En. Muhammad Helme turut menekankan bahawa penyertaan aktif pelajar dalam program ini mampu membentuk jati diri yang kukuh serta melengkapkan mereka dengan pelbagai kemahiran insaniah yang sangat diperlukan pada masa kini.

Pihak sekolah turut menyatakan komitmen penuh untuk menyokong dan menyertai program ini secara berperingkat bermula pada suku ketiga tahun 2025. Program Anugerah Remaja Perdana merupakan salah satu inisiatif di bawah Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, yang berasaskan model The Duke of Edinburgh’s International Award dan terbuka kepada remaja berumur antara 14 hingga 25 tahun.

Lawatan diakhiri dengan sesi lawatan tapak dan perbincangan ringkas bersama guru penyelaras yang akan bertanggungjawab mengurus pelaksanaan program di peringkat sekolah.

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search