- JBS Kelantan
- Hits: 69
Kejohanan Sukan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2025 Di KOMBES Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 69
KELANTAN, 24 JUN 2025 – Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kelantan dan Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah menganjurkan Kejohanan Sukan Sepak Takraw Jabatan Penjara Malaysia 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kejohanan tersebut telah melibatkan 11 buah negeri dan seramai 168 peserta keseluruhannya. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 12 hingga 15 Jun 2025 yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara Tuan Rahmat Bin Abdul Rani Pengarah Penjara Negeri Kedah.
Kejohanan ini merupakan inisiatif Jabatan Penjara Malaysia dalam mempromosikan aktiviti pembudayaan gaya hidup cergas selari dengan hasrat untuk pembudayaan semangat bersukan dan meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan belia untuk menyahut kempen gaya hidup sihat cergas dan aktif kearah menjadikan Malaysia sebagai Negara bersukan.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web stf.kbs.gov.my .
#TEAMJBSNK
#KOMBESKELANTAN
#MalaysiaMADANI
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.