- JBS Kelantan
- Hits: 32
Persatuan Belia Gemilang Bukit Tok Ali Anjur Kursus Kepimpinan Dan Pemantapan Kerja Berpasukan
- JBS Kelantan
- Hits: 32
JELI 24 JUN 2025- Persatuan Belia Gemilang Bukit Tok Ali, Kuala Balah, Jeli telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Kerja Berpasukan pada 21 Jun 2025 bertempat di Jelawang Pipe Resort, Dabong. Kursus tersebut telah disertai seramai 20 orang peserta terdiri dari pemimpin dan ahli persatuan.
Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan mengenai pengurusan Persatuan Belia yang mantap dan cekap di samping memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli -ahli dalam pengurusan pelaksanaan aktiviti.
Antara akitiviti yang dilaksanakan dalam kursus tersebut adalah Sesi LDK, Aktiviti Lasak, Penyampaian Hadiah dan Majlis Penutup.
Majlis Perasmian Penutup telah disempunakan oleh Ybrs. Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli, turut hadir YBrs. Puan Nur Zakira binti Awang selaku Pengerusi Persatuan Belia Gemilang Bukit Tok Ali.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.