- JBS Kelantan
- Hits: 38
Lawatan Kebajikan PBSD Machang Ke Rumah Timbalan Pengerusi Kelab Belia Bandar Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 38
MACHANG, 19 JUN 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke rumah Timbalan Pengerusi Kelab Belia Bandar Machang, Saudara Ahmad Nazif bin Samsuddin di Kampung Lalang Luas, Joh, Labok.
Beliau telah mengalami patah tulang di pergelangan kaki kiri pada 16 Jun 2025 akibat daripada bermain bola sepak dan kini beliau masih berehat di rumah beliau.
Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Unit Sukan PBSD Machang dan Encik Shahril bin Aziz, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Machang telah hadir dalam lawatan ini
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang