- JBS Kelantan
- Hits: 46
Rentak Kayuhan, Jiwa Komuniti! Malaysia Aktif@Community Tarik Tumpuan Tanah Merah
- JBS Kelantan
- Hits: 46
Tanah Merah, 23 Jun 2025 – Suasana pagi Jumaat di perkarangan Masjid Saidina Osman Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan pada 20 Jun 2025 bertukar meriah dengan penganjuran Program Malaysia Aktif@Community Berbasikal Peringkat Daerah Tanah Merah 2025 yang berjaya menghimpunkan seramai 150 peserta dari seluruh daerah.
Program berbasikal ini merupakan hasil kolaborasi antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah, Yayasan Mahsari Group, dan pihak Masjid Saidina Osman, sebagai satu inisiatif memperkasakan gaya hidup sihat serta mempereratkan hubungan komuniti melalui aktiviti riadah bersama.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, YBhg. Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, Pengerusi Yayasan Mahsari Group, yang menyampaikan ucapan penuh inspirasi kepada para peserta dan penganjur. Turut hadir memberi sokongan ialah En. Ismafardi bin Ismail serta En. Ahmad Ridhwan bin Zazani, sekali gus membuktikan komitmen bersama dalam menjayakan program komuniti yang bermakna ini.
Program ini tidak hanya menjadi platform mempromosikan kesihatan fizikal, tetapi turut menyemarakkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah