Hujung Tanjung C Raih Kejuaraan Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti (LSK) Kota Bharu 2025

KOTA BHARU,22 Jun 2025 – Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat pada 23 Mei 2025 bertempat di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Panji. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Kelab Sepak Takraw Che Arus, dan telah berjaya menghimpunkan 22 pasukan dari seluruh daerah.

Pasukan Hujung Tanjung C telah mempamerkan kehebatan dan ketangkasan apabila berjaya menewaskan pasukan Teluk Kintang A dalam perlawanan akhir, sekali gus dinobatkan sebagai juara kejohanan. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan Hujung Tanjung A dan Teluk Kintang B.

Sebagai penghargaan atas pencapaian mereka, pasukan-pasukan yang berjaya menerima pingat, sijil penyertaan, serta hadiah wang tunai berjumlah RM300.00 (Juara), RM200.00 (Naib Juara), dan RM100.00 bagi setiap pasukan yang memperoleh tempat ketiga bersama. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, dan diiringi oleh En. Rosman bin Abdul Kadir, Pengerusi Kelab Sepak Takraw Che Arus.

Kejohanan ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat tempatan serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti sukan tradisional yang terus relevan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kejohanan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 22:58:10

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search