- JBS Kelantan
- Hits: 81
Putera Netballers Dinobat Johan Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) Kota Bharu 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 81
KOTA BHARU, 22 Jun 2025 – Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan pada 24 Mei 2025 bertempat di Dewan Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Panji. Kejohanan ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Kelantan, melibatkan penyertaan 13 pasukan dari seluruh daerah.
Pasukan Putera Netballers telah membuktikan kehebatan apabila berjaya menewaskan pasukan Crushers dalam perlawanan akhir, sekali gus dinobatkan sebagai juara kejohanan. Manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Dragon NC dan USM KK.
Sebagai pengiktirafan atas kejayaan masing-masing, pasukan-pasukan yang menjuarai kejohanan ini menerima pingat, sijil penyertaan serta hadiah wang tunai iaitu RM300.00 bagi Juara, RM200.00 bagi Naib Juara dan RM100.00 bagi setiap pasukan tempat Ketiga Bersama. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, dan turut diiringi oleh Puan Sofea Ilani binti Lee Abdullah, wakil Pengerusi Persatuan Bola Jaring Kelantan.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan meningkatkan minat golongan wanita terhadap sukan bola jaring, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding, serta jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan kejohanan ini.
IniDisediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu