- JBS Kelantan
- Hits: 76
Pasukan SAB Empire Ungguli Kejohanan Ping Pong Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Kota Bharu 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 76
KOTA BHARU, 22 Jun 2025 – Kejohanan Ping Pong Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 24 Mei 2025 bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Panji. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Persatuan Ping Pong Negeri Kelantan, serta melibatkan penyertaan sebanyak 10 pasukan dari sekitar daerah Kota Bharu.
Pasukan SAB Empire telah menampilkan aksi cemerlang apabila dinobatkan sebagai juara kejohanan selepas menewaskan pasukan Team Limbat dalam perlawanan akhir yang sengit. Manakala tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Lot 26 dan AKSB. Bagi menghargai pencapaian mereka, pasukan Juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.00, Naib Juara menerima RM200.00, manakala pasukan tempat ketiga bersama masing-masing menerima RM100.00, selain turut menerima pingat dan sijil penyertaan.
Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh En. Mohd Sabirin bin Che Ishak, Presiden KATTA Negeri Kelantan, dan diiringi oleh Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan ping pong, malah turut memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan, dan kerjasama dalam kalangan komuniti setempat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, serta jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu