Tiga Orang Wakil Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan Hadir Persidangan Serantau Sukan OKU ASEAN 2025

Putrajaya, 22 Jun 2025 – Tiga orang telah mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ke Persidangan ASEAN Persons with Disabilities in Sports 2025 yang berlangsung pada 20 hingga 21 Jun di The Everly Hotel, Putrajaya. Penyertaan ini memperlihatkan komitmen berterusan negeri Kelantan dalam mendukung pembangunan sukan yang inklusif dan menyeluruh bagi komuniti Orang Kurang Upaya.

3 orang mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang hadir adalah Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK bersama Puan Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU JBSNK dan Encik Mahmood bin Deraman, Presiden Persatuan PESRON Negeri Kelantan.

Persidangan yang bertemakan “Inclusive Sports for All: Breaking Barriers, Building Bridges in ASEAN” menghimpunkan lebih 250 peserta serta pakar dari negara-negara ASEAN, Jepun, Korea Selatan dan Timor-Leste. Antara fokus utama ialah pembangunan ekosistem sukan inklusif, pendidikan jasmani untuk murid berkeperluan khas, serta warisan dan legasi sukan para serantau.

Persidangan ini bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman, malah turut mengukuhkan jaringan kerjasama serantau dalam memperkasa agenda pembangunan sukan OKU di peringkat negeri. Kehadiran ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI ke arah masyarakat inklusif yang mendukung prinsip kesaksamaan, kebersamaan, dan peluang yang saksama untuk semua lapisan rakyat.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search