JBSNK Komited Penganjuran Kejohanan Muaythai Professional Terbuka Malaysia 2025

Bachok, 22 Jun 2025 - Lebih 2,000 pengunjung hadir menyaksikan Kejohanan Muaythai Profesional Terbuka Malaysia 2025 Kg Dusun Durian, Tawang Bachok, Kelantan pada 20 Jun 2025.

Program ini adalah anjuran Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBrs. En. Nor Miswary bin Ramli, Setiausaha Sulit kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Beliau juga berbesar hati menyerahkan mock cheque Geran Padanan Sukan berjumlah RM85,000.00 daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Pengerusi Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan juga YB Mohd Syahbuddin bin Hashim (ADUN Galas)

Program ini bertujuan memperkasakan pembangunan sukan muaythai serta membuka lebih banyak peluang kepada atlet tempatan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.
Melalui Geran Padanan Sukan, KBS menyokong penganjuran sukan berprestasi tinggi dan berimpak tinggi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa yang dilaksanakan di dalam negara.

#Muaythai #GeranPadananSukan #KBS #SukanUntukSemua

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search