- JBS Kelantan
- Hits: 42
Sesi Perbincangan Majlis Perundingan Belia Negara (Mpbn) Peringkat Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 42
MACHANG, 19 JUN 2025 – Satu sesi perbincangan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Machang 2025 antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang bersama Ketua Jajahan Machang pada 17 Jun 2025 di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang.
Penyelarasan berkaitan pelaksanaan dan ketetapan tarikh MPBN Peringkat Daerah Machang 2025 telah diputuskan dalam perbincangan ini. MPBN merupakan platform bagi mengadakan perbincangan secara konstruktif dan inklusif melibatkan pembangunan belia yang mengangkat suara dan pandangan golongan belia ke peringkat tertinggi kerajaan.
Turut bersama dalam perbincangan ini ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, 2 orang staf PBSD Machang, dan 3 orang wakil Majlis Belia Daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang