- JBS Kelantan
- Hits: 44
Kunjungan Hormat PBSD Machang Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Machang
- JBS Kelantan
- Hits: 44
MACHANG, 19 JUN 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah mengadakan kunjungan hormat ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang pada 16 Jun 2025.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Program Rakan Muzik: Dikir Barat Peringkat Daerah Machang 2025 dan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Hajah Zalina binti Zakaria, Pengetua SMK Machang, Puan Maiadilah binti Muhammad, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Machang, Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang dan Encik Shahril bin Aziz, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Machang.
Disediakan oleh: Urus setia Portal, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang