Program Rakan Mahir: Skills For Life Siri 1 @ Daerah Machang 2025 – Kursus Asas Gunting Rambut

MACHANG, 19 JUN 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang (PBSD) Machangh telah mengadakan Program Rakan Mahir: Skills For Life Siri 1 @Daerah Machang 2025 – Kursus Asas Gunting Rambut pada 18 Jun 2025 bertempat di Masjid An-Najah, Machang dan telah disertai seramai 30 orang peserta lelaki.

Dalam program ini, peserta akan mempelajari teknik asas dalam gunting rambut untuk lelaki, bermula dari penyediaan alat gunting yang sesuai, pengenalan kepada teknik potongan asas, hingga kepada teknik gunting rambut yang kemas dan selamat. Peserta juga akan didedahkan kepada pemilihan gaya rambut yang sesuai mengikut bentuk wajah dan jenis rambut, serta cara mengendalikan alat dengan betul untuk mencapai hasil yang diingini.

Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama 3 orang staf PBSD Machang turut hadir bagi memeriahkan program ini.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search