- JBS Kelantan
- Hits: 37
Perbincangan Gerak Kerja Majlis Perundingan Belia Negara (Mpbn) Peringkat Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 37
MACHANG, 19 JUN 2025 – Satu sesi perbincangan mengenai gerak kerja pelaksanaan Majlis perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Machang antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dan Majlis Belia Daerah (MBD) Machang telah diadakan di Bilik Mesyuarat PBSD Machang pada 16 Jun 2025.
Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan dan merangka usul-usul penting yang akan dibawa ke MPBN Peringkat Daerah Machang. Pelbagai isu berkaitan pembangunan belia, peluang peningkatan kemahiran, keusahawanan serta penglibatan belia dalam aktiviti komuniti telah dibincangkan.
Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama 2 orang staf PBSD Machang dan 2 orang wakil MBD Machang turut serta dalam perbincangan ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.