Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Kelantan 2025

SETIU, 18 Jun 2025 – Telah berlangsung Seminar Kecergasan Eksekutif Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 di Dewan Sri Ujung, Sutra Beach Resort, Setiu Terengganu. Program ini merupakan inisiatif JBSN melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan di dalam membudayakan sukan dan gaya hidup aktif termasuklah dalam kalangan pengurusan kanan jabatan dan agensi kerajaan bermula 16 hingga 18 Jun 2025. Sebanyak 17 agensi (17 orang peserta)  mewakili jabatan dan 2 orang wakil dari Kelab Sukan telah menghadiri seminar tersebut antaranya:-

 -Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
 -Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
 -Jabatan Penerangan Negeri Kelantan
 - Uitm Kelantan
 -Angkatan Tentera Malaysia
 -Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Negeri Kelantan
 - Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kelantan
 -Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan
- Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan
 -Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri Kelantan
 -Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan
  -Mardi
  -Jabatan Penjara Negeri Kelantan
  -Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan
 - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan
 - Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Kelantan
 - Kelab Aerobik Panji

Yang Berusaha Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Sukan BPS JBSN hadir menyempurnakan Majlis Perasmian seminar tersebut. Turut hadir bersama Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSNK,Encik Dharzuky Daud Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional BPS JBSN dan Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah JBSNK.

Pelbagai pengisian program telah diadakalan sepanjang program berlangsung antaranya:  
  : Perkongsian Ilmu berkenaan dengan kepentingan kecergasan
  : Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)
  : Sesi Senamrobik dan Aquarobic
  : Teknologi dalam Sukan Kecergasan
  : Kesihatan Mental

Penganjuran program juga merupakan platform terbaik memperkukuhkan kerjasama dan persefahaman strategik dalam kalangan jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat  
Gaya hidup cergas dan aktif  

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNBersama #MalaysiaMADANI #TeamJBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search