Mesyuarat Penyelarasan Run For Peace Negeri Kelantan

Kota Bharu, 18 Jun 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan bagi program Run For Peace oleh Persatuan Soka Gakkai Negeri Kelantan dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Mesyuarat membincangkan berkaitan kerjasama strategik yang akan diadakan sempena program yang bakal berlangsung pada 5 September 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab, Kota Bharu.

Program ini adalah inisiatif Sustainable Development Goals SDGs yang memfokuskan teras ke 3 dan ke 16 yang melibatkan kesihatan dan keamanan bagi Institusi dalam pelbagai tahap.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Saifuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir sama di dalam Mesyuarat tersebut adalah Encik Aik Chan, Pengerusi Soka Gakkai Negeri Kelantan serta Ahli Jawatankuasa.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembanguan Rakan Muda JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search