Program Ibadah Qurban Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan Meriah

Kota Bharu, 15 Jun 2025 – Suasana penuh semangat gotong-royong dan keinsafan menyelubungi perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 10 Jun 2025 sempena Program Ibadah Qurban anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Negeri Kelantan dengan kerjasama Syarikat Extra Joss Negeri Kelantan.

Majlis dimulakan dengan penyembelihan lembu korban oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, sebagai simbolik pelaksanaan ibadah qurban yang penuh makna.

Acara diteruskan dengan aktiviti melapah, agihan daging korban dan memasak daging korban secara gotong-royong yang melibatkan penyertaan aktif semua kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan termasuk dari daerah-daerah. Semangat kerjasama dan kekeluargaan jelas terpancar sepanjang program berlangsung.

Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas juga turut turun padang memeriahkan program Ibadah Qurban JBSNK yang pastinya menjadi acara tahunan bagi mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga jabatan, malah menjadi platform untuk menyemai nilai keprihatinan dan pengorbanan dalam kalangan masyarakat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search