- JBS Kelantan
- Hits: 32
Semangat Kelab Rakan Muda Unggul Kampung Limbat
- JBS Kelantan
- Hits: 32
Pasir Mas, 15 Jun 2025 – Perbincangan bagi Program Rakan Muda Kg Limbat telah berlangsung di KB Brewster Pasir Mas pada 5 Jun 2025 bagi membincangkan serta menyelaras gerak kerja program-program Rakan Muda yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Perbincangan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran program dan memperkukuhkan kerjasama antara pihak berwajib dan Kelab Rakan Muda Unggul Kg Limbat. Dengan semangat kesukarelaan dan komitmen yang tinggi, pelbagai cadangan dan idea bernas telah dikemukakan untuk menjayakan program Rakan Muda di daerah Pasir Mas. Perbincangan ini telah di hadiri oleh 2 orang wakil dari Kelab Rakan Muda Unggul Kampung Limbat bersama 2 orang Pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Puan Nur Aliaa binti Wan Johan dan Encik MOhd Sarimat bin Salleh dan juga Setiausaha Majlis Belia Jajahan Pasir Mas, Encik Mohd Fadzwan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas usaha murni dalam memartabatkan peranan belia serta memperkasakan aktiviti Rakan Muda di Pasir Mas. Semoga program ini memberikan manfaat besar kepada komuniti setempat.
Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas