Mencari Kata Sepakat : Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Jeli

JELI, 16 Jun 2025- Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Jeli tahun 2025 telah berlangsung pada 15 Jun 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persiapan dan isu- isu berbangkit dalam proses perancangan dan pelaksanaan program tersebut nanti.

Majlis Perundingan Belia Negara Daerah Jeli dengan kerjasama Rakan Strategik Utama Majlis Belia Jajahan Jeli dijangka dilaksanakan pada 25 Jun 2025, bertempat di Dewan Keranji, Majlis Daerah Jeli. Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah agensi yang bakal terlibat dan akan membentangkan kertas kerja, kehadiran wakil-wakil dari pertubuhan belia dan usul-usul yang bakal dikemukakan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan ahli mesyuarat En. Mohd Firdaus Bin Ibrahim, Pengerusi MBJ Jeli serta Ahli Jawatankuasa MBJ Jeli, dan wakil-wakil persatuan belia dalam Daerah Jeli.

Semoga Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Jeli pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar di samping dapat memperkukuhkan dan mempertingkatkan hubungan serta jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan dengan jabatan dan agensi dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search