Pengerusi Kelab Bola Sepak Sahabat, Rahi Bin Raja Sulung Lakukan Penyemakan MYKB di Pejabat Belia dan Sukan Gua Musang

Gua Musang, 12 Jun 2025 – Pengerusi Kelab Bola Sepak Sahabat, Encik Rahi bin Raja Sulung, hari ini hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang bagi menjalankan penyemakan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) bagi Persatuan Kelab Bola Sepak Sahabat.

Penyemakan ini dilakukan sebagai langkah penambahbaikan terhadap urusan pentadbiran kelab, sekaligus memastikan kelab terus berdaftar secara sah dan aktif di bawah seliaan pihak Jabatan Belia dan Sukan (JBS). Menurut Encik Rahi, semakan ini penting bagi memastikan segala dokumen dan data kelab sentiasa dikemaskini selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sukan tempatan.

“Sebagai sebuah kelab yang aktif dalam pembangunan bola sepak komuniti, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan pentadbiran kelab berjalan secara profesional dan teratur,” katanya ketika ditemui selepas sesi semakan tersebut.Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang turut menyambut baik inisiatif tersebut dan berharap lebih banyak kelab sukan tempatan mengambil langkah serupa bagi memantapkan pengurusan organisasi masing-masing.

Kelab Bola Sepak Sahabat sebelum ini dikenali sebagai antara kelab baru yang aktif dalam menganjurkan kejohanan serta program pembangunan bakat sukan bola sepak di kawasan Gua Musang dan sekitarnya. Dengan semakan MYKB ini, kelab berkenaan dijangka akan lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai program serta penyertaan pertandingan di peringkat daerah dan negeri pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search