- JBS Kelantan
- Hits: 57
Program Ibadah Korban KSK JBSNK 1446H
- JBS Kelantan
- Hits: 57
MACHANG, 11 JUN 2025 - Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (KSK JBSNK) telah mengadakan Program Ibadah Korban 1446H bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Kelantan pada 10 Jun 2025.
Program ini dimulakan dengan penyembelihan seekor lembu korban yang disembelih sendiri oleh Tuan Pengarah JBSNK, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria. Seterusnya aktiviti melapah, memotong daging lembu, pembahagian daging lembu kepada yang layak dan gotong royong memasak lauk pauk seperti daging goreng, sup tulang dan lain-lain lagi oleh staf yang hadir.
Encik Mohd Zul Izudin bin Samat dan Encik Zaharuddin bin Zainal, staf Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang turut hadir ke program tersebut.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang