’Gegaran Yakin Boleh semakin terasa’ Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Gua Musang

Gua Musang, 11 Mei 2025 – YB Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani, Ydp Majlis Belia Jajahan Gua Musang telah mempengerusikan sesi perbincangan penyelarasan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Gua Musang bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ismail Petra 2 hari ini.

Mesyuarat membincangkan persiapan, pengisian dan perjalanan bagi program yang akan diadakan serentak pada 15 Mei 2025. Semarak HBN 2025 adalah sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang ke arah kemeriahan Sambutan HBN peringkat negeri dan kebangsaan. Semarak HBN 2025 memfokuskan pelaksanaan Ikrar Belia Malaysia dan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan potensi belia menerusi elemen 10 Gaya Hidup Rakan Muda. ”Yakin Boleh” merupakan Tema bagi tahun HBN 2025 tahun ini.

Semoga perbincangan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat dalam usaha untuk merancakan program PBSD Gua Musang 2025. Turut hadir sama En. Muhammad Norfikri Bin Norzaki Pembantu Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Gua Musang.

Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search