- JBS Kelantan
- Hits: 42
Ziarah Kasih Erat Hubungan Dengan Bekas Peminjam TKWAPEB
- JBS Kelantan
- Hits: 42
PASIR PUTEH, 22 MEI 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah berkunjung ke kediaman Allahyarham Mohd Sharif bin Abdullah, peminjam Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TKWAPEB) bagi tujuan penyediaan proses dokumentasi lawatan pemantauan bagi peminjam yang telah meninggal dunia.
Hasil perbincangan bersama Puan Kamisah, isteri waris peminjam bersetuju untuk meneruskan bayaran pinjaman secara ansuran bagi menyelesaikan baki tunggakan pinjaman TKWAPEB arwah.
Puan Nazatul Asma binti Ariffin, Pegawai Pembangunan Ekonomi (1) turut hadir semasa pertemuan ini bersama Puan Salwani binti Zakaria,Pembantu Belia dan Sukan (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Semoga keluarga arwah terus di berikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.