Taklimat Dan Pengundian Acara Bola Jaring LSK Peringkat Daerah Pasir Puteh 2025

PASIR PUTEH, 22 MEI 2025 : Satu sesi taklimat dan pengundian telah berjaya diadakan bagi acara bola jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Pasir Puteh 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mei 2025.

Taklimat ini melibatkan wakil-wakil daripada pasukan yang bertanding dan pelbagai perkara penting telah dibincangkan termasuk jadual perlawanan, peraturan pertandingan serta hal-hal teknikal yang berkaitan.

Sesi pengundian kumpulan turut berjaan dengan lancar di mana semua pasukan menerima keputusan dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kehadiran dan kerjasama semua pihak amat dihargai bagi menjayakan kejohanan ini.

Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah mempengerusikan taklimat dan pengundian ini. Semoga LSK ini menjadi platform terbaik dalam memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search