- JBS Kelantan
- Hits: 47
Belia Gua Musang Sahut Cabaran Flag Football
- JBS Kelantan
- Hits: 47
GUA MUSANG, 25 MEI 2025 – Telah berlangsung Program Pengenalan Sukan Baharu Flag Football Peringkat Negeri Kelantan 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan dengan kerjasama Malaysia American Football Association (MAFA) pada 23 Mei 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang telah menghantar 4 orang belia untuk menyertai program tersebut.
Flag Football adalah variasi sukan American Football yang tidak melibatkan sentuhan fizikal keras. Flag Football semakin popular di Malaysia dengan penubuhan organisasi MAFA yang aktif mempromosikan sukan ini melalui pelbagai kejohanan dan liga. Wakil Gua Musang, saudara Muhamad Ammar Syazwan bin Samsuddin telah dinobatkan sebagai 'defender' terbaik dalam program tersebut.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir sama Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSN Kelantan, Encik Aster Kyle Gunasekera, Presiden MAFA dan Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.
Semoga sukan ini terus berkembang dalam kalangan warga Gua Musang dalam memberikan variasi sukan untuk diceburi dalam memacu Malaysia ke arah Negara Bersukan