- JBS Kelantan
- Hits: 78
Bola Jaring Dan Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 78
MACHANG, 25 MEI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Machang telah mengadakan Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Machang 2025 bagi acara bola jaring dan ping pong berpasukan bertempat di UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang pada 24 Mei 2025.
Sebanyak 9 pasukan bola jaring dan 8 pasukan ping pong dari seluruh daerah Machang telah menyertai pertandingan ini. Johan bagi acara bola jaring telah dimenangi oleh pasukan Red Lion A, naib johan adalah pasukan Nettup dan tempat ke-3 bersama adalah pasukan Powerpuff Girls dan pasukan Red Lion B. Manakala bagi acara ping pong berpasukan pula, johan telah dimenangi oleh pasukan Brave Table Tennis Club A, naib johan adalah Brave Table Tennis Club B dan tempat ke-3 bersama adalah pasukan Saujana Bonda A dan pasukan Saujana Bonda B.
Cik Nor Ashikin binti Hassan, Ketua Unit Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang dan Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang