Sesi Pengenalan Sukan Flag Football Negeri Kelantan 2025

MACHANG, 25 MEI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang telah menghantar 4 orang peserta untuk menyertai Program Pengenalan Sukan Baharu Flag Football Peringkat Negeri Kelantan 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan dengan kerjasama Malaysia American Football Association (MAFA) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu pada 23 Mei 2025.

Flag Football adalah variasi sukan American Football yang tidak melibatkan sentuhan fizikal keras. Flag Football semakin popular di Malaysia dengan penubuhan organisasi MAFA yang aktif mempromosikan sukan ini melalui pelbagai kejohanan dan liga.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir sama Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSN Kelantan, dan Encik Aster Kyle Gunasekera, Presiden MAFA.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search