Program Inspire i-Talent (Siri 1) Peringkat Negeri Kelantan 2025

MACHANG, 25 MEI 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah mengadakan Program Inspire i-Talent (Siri 1) Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu pada 21 Mei 2025.

Seramai 72 orang peserta dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai program ini yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Fizikal dan OKU Masalah Pembelajaran. Dua orang peserta dari daerah Machang telah turut serta dalam program ini iaitu Saudara Muhammad Aiman bin Mohd Firdaus Hui dan Saudara Mohamad Aidil Najmuddin.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSN Kelantan. Turut hadir Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSN Kelantan, dan Encik Mahmood bin Deraman, Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Kelantan.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search