Festival Anak Muda 2.0 Berlangsung Meriah Di UMK Kampus Kota

KOTA BHARU 25 Mei 2025 - Festival Anak Muda 2.0 adalah platform terbaik bagi meraikan kreativiti, bakat dan semangat anak muda seiring dengan peredaran semasa dan nafas baru Rakan Muda.

Program Festival Anak Muda 2.0 dilaksanakan oleh Sekretariat Rakan Muda UMK dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini telah menerima dana di bawah pengupayaan Sekretariat Rakan Muda IPT oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Mahasiswa Holistik dan Kepimpinan Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Noormariana Mohd Din di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan. Festival Anak Muda 2.0 dilaksanakan bermula pada 15 hingga 17 Mei 2025 dan diserikan pelbagai program dan aktiviti menarik seperti Malam Anak Muda, GlamTrim dan Food Truck & Vendor.

Hadir sama Puan Wan Hasmalinda Binti Wan Ishak selaku Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Kelantan serta En. Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib Pengarah Pusat Sukan UMK selaku Penasihat Sekretariat Rakan Muda UMK.

Yakin Boleh, Rakan Muda!

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 22:58:10

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search