- JBS Kelantan
- Hits: 84
IPD Jeli Jalin Kerjasama PBSD Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 84
JELI, 19 MEI 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menerima kunjung hormat YBrs. Tuan Inspektor Mohd Azmer bin Mohd Yussuf dan Last Koperal Mohd Zulhelmi bin Md Khalid, dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli, pada 18 Mei 2025.
Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh YBrs. Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan kakitangan yang lain. Kunjungan beliau adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama diantara Jabatan yang berada di Daerah Jeli ini. Beliau sangat berpuas hati kerana mendapat banyak maklumat tentang operasi PBSD Jeli dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta input yang berguna untuk masyarakat di Daerah Jeli.
Tuan Mohd Azmer mengucapkan ribuan terima kasih kepada PBSD Jeli kerana sudi menerima kehadiran beliau dan berharap akan terus dapat berkerjasama dalam isu-isu kebeliaan dan keselamatan.
PBSD Jeli sentiasa bersedia dan sentiasa terbuka hati untuk menjalinkan kerjasama dengan setiap jabatan dan juga agensi di Daerah Jeli ini.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
All reactions:
25Hazmanita Hamid, Nazatul Asma Ariffin and 23 others