Tempat Ketiga Kategori Individu Lelaki Dan Wanita Milik Daerah Kota Bharu

KOTA BHARU, 18 MEI 2025 – Daerah Kota Bharu terus membuktikan keunggulan dalam pembangunan belia apabila berjaya meraih tempat Ketiga bagi Kategori Individu Wanita dan Lelaki dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2025.

Kejayaan ini disumbangkan oleh Dr. Fakhitah binti Ridzuan yang membawa pulang tempat Ketiga Kategori Individu Wanita, manakala Muhammad Aqil Iqbal bin Mohd Zulkifli mengungguli tempat Ketiga bagi Kategori Individu Lelaki. Kedua-dua anak muda ini telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam bidang kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan sosial dan pembangunan komuniti.

Majlis penganugerahan telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan, bersempena Semarak Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2025.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Nurul Asmad binti Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, serta pegawai-pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu yang hadir memberikan sokongan kepada calon-calon dari daerah ini.

Anugerah Perdana Belia Negara merupakan pengiktirafan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan kepada belia-belia yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan berperanan besar sebagai agen perubahan di peringkat akar umbi. Kejayaan Kota Bharu ini membuktikan bahawa potensi belia setempat amat besar dan mampu bersaing di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada kedua-dua penerima atas sumbangan dan inspirasi yang telah mereka bawa kepada komuniti belia daerah ini.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search