- JBS Kelantan
- Hits: 57
Padang Awam Selising Bergegar Alunan Dikir Barat Sempena Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 57
PASIR PUTEH1, 18 MEI 2025 – Sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pasir Puteh 2025, satu perlawanan seni budaya telah berjaya dianjurkan antara kumpulan Pelita Kabat dan kumpulan Lepah Jati pada 16 Mei 2025 bertempat di Padang Awam Selising, Pasir puteh.
Acara ini telah berlangsung dengan kehadiran ramai penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur untuk menyaksikan pertarungan budaya yang sarat dengan elemen warisan dan kreativiti anak tempatan. Kedua-dua kumpulan ini tampil dengan persembahan yang bertenaga dan penuh semangat, menampilkan keunikan gaya persembahan masing-masing. Irama merdu, pukulan gong dan canang yang mantap serta lirik berunsur nasihat, sindiran halus, dan mesej pembangunan belia menjadikan pentas perlawanan ini bukan sahaja hiburan, tetapi juga medan menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.
Turut hadir menyaksikan dikir barat iaitu Dr. Haji Muhamad Zamani bin Haji Hamzah, Pegawai Khas YB Dato Adun Selising dan bersama Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Acara ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan bakat tempatan, tetapi juga menyumbang kepada usaha memelihara dan memartabatkan warisan budaya Melayu Kelantan. Ianya sekaligus menyokong aspirasi Hari Belia Negara untuk membina belia beridentiti, berbudaya dan berjiwa bangsa.