Semarak Hari Belia Negara Pasir Puteh Meriah

PASIR PUTEH, 18 MEI 2025 – Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Pasir Puteh Tahun 2025 telah berlangsung dengan meriah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pak Amat dan berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru, pelajar serta pihak berkepentingan dalam pembangunan belia di Pasir Puteh.

Program ini bukan sahaja mencungkil bakat dan potensi belia dalam pelbagai bidang, malah ianya menyediakan platform strategik kepada para pemegang taruh untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan belia di peringkat akar umbi. Ia juga memperlihatkan bahawa golongan belia merupakan kelompok penting dalam masyarakat yang wajar diberi perhatian, pengiktirafan dan sokongan berterusan dalam membentuk masa depan negara yang lebih cemerlang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Wan Zainal bin Wan Jaafar, Pengetua SMK Padang Pak Amat. Hadir sama semasa majlis tersebut Encik Sazli bin Mahmood, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dan Saudara Ustaz Amerudin bin Azman, wakil Majlis Belia Jajahan Pasir Puteh.

Pelbagai pengisian aktiviti menerusi 10 eleman gaya hidup rakan muda mengikut segmen telah di persembahan antaranya senamrobik, bacaan ikrar, persembahan silat, persembahan tarian, persembahan kebudayaan dan ceramah karakter dan kerjaya daripada Yayasan Pelajaran MARA. Influencer Beemat Ngepek telah menyampaikan ceramah motivasi gegar minda.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search