Johan Kategori Individu Wanita Dan Naib Johan Kategori Kelab Pertubuhan Belia Milik Daerah Machang

MACHANG, 18 MEI 2025 – Daerah machang telah memenangi Johan Kategori Individu Wanita menerusi Saudari Zulfa Nazifah binti Azhar dan Naib Johan bagi Kategori Kelab Pertubuhan Belia menerusi Kelab Belia Seni Warisan Pusaka Kemunchup Belia di Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2025.

Majlis penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan lsmail Petra, Tengku Mahkota Kelantan sempena Festival Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang diadakan pada 17 Mei 2025 bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, dan para pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search