- JBS Kelantan
- Hits: 43
Sambutan Meriah Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Machang 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 43
MACHANG, 18 MEI 2025 – Seramai lebih 600 orang peserta telah menyertai Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Machang 2025 yang telah berlangsung pada 15 Mei 2025 bertempat di Sekolah Menengah (SM) Sains Machang anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang, Sekolah Menengah Sains Machang dan Kelab Belia Bandar Machang.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah Senamrobik, Liga Penalti Gol Kecil, Netball Shoot-out, Kelas Dekorasi Kek, Ceramah Kesihatan Mental, Pertandingan Karaoke Gerai Jualan, Mari Mencuba dan Cabutan Bertuah.
Program Semarak HBN Peringkat Daerah Machang pada tahun ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Hazmi bin Ariffin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Machang dan turut dihadiri oleh pihak pengurusan tertinggi sekolah, wakil-wakil kelab belia daerah Machang dan para pelajar SM Sains Machang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang