Semarak Hari Belia Negara Daerah Jeli Dapat Sambutan Meriah

JELI, 18 Mei 2025 -Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan Jeli dan SMK Ayer Lanas telah menganjurkan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Jeli 2025 bertempat di Dewan Angsana SMK Ayer Lanas, Jeli pada 15 Mei 2025.

Seramai 687 orang peserta telah hadir memeriahkan program yang dirangka khusus bagi menyemarakkan suasana dan bahang Sambutan Hari Belia Negara peringkat akar umbi di seluruh Malaysia ini.

Semarak Hari Belia Negara juga bertujuan bagi menaikkan semangat kecintaan dan patriostisme di kalangan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Antara aktiviti yang disediakan sepanjang program ini termasuklah Bacaan Ikrar Belia, Senamrobik, Acara Sukan, Ceramah Motivasi, Pameran TVET dan Acara Nyanyian. Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YBrs En.Mohd Hadapi bin Mohd Yusuff, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Jeli, Unit Pembangunan Bakat Murid, turut hadir YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Sambutan Semarak Hari Belia Negara 2025 yang disambut serentak pada 15 Mei 2025 seluruh negara ini memberi impak yang baik dalam memartabatkan golongan belia di Malaysia.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search