- JBS Kelantan
- Hits: 40
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Persekutuan Gua Musang
- JBS Kelantan
- Hits: 40
Gua Musang, 24 April 2025 – Telah berlangsung Sambutan Hari Raya Aidilfitri Wisma Persekutuan Gua Musang pada 24 April 2025 bersamaan 25 Syawal 1446h bertempat di Lobby Wisma Persekutuan Gua Musang.
Sambutan ini merupakan sambutan kali ke-2 diadakan setelah ianya pertama kali diadakan pada tahun lalu. Ia merupakan hasil cetusan idea Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Bangunan Gunasama Persekutuan Gua Musang.
Menariknya, sambutan ini menampilkan gabungan menu dari 13 Jabatan/Agensi yang bernaung dibawah Wisma Persekutuan Gua Musang antaranya Pejabat Pendidikan, Pejabat Kesihatan dan Pengurusan Bangunan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah telah menyediakan menu ketupat lemak manis dan tapai. Ianya merupakan antara menu wajib apabila tiba hari raya terutamanya di Negeri Kelantan.
Dari ketupat rendang hingga ke hidangan pencuci mulut tradisional, semua tetamu berpeluang menikmati juadah yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan semangat kebersamaan. Acara ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kakitangan, tetapi juga memberi ruang untuk beramah mesra dalam suasana santai dan ceria.
Dengan semangat muafakat dan kebersamaan, Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini telah mencipta kenangan manis bagi seluruh warga Wisma Persekutuan Gua Musang. Semoga sambutan ini dapat diteruskan pada setiap tahun agar dapat membawa lebih banyak kegembiraan dan ikatan erat dalam kalangan warga kerja Wisma Persekutuan Gua Musang.