- JBS Kelantan
- Hits: 108
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Dapat Mempertingkatkan Kualiti Gaya Hidup
- JBS Kelantan
- Hits: 108
PASIR PUTEH, 7 MEI 2025 – Telah berlangsung Taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut.
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda adalah merupakan sebuah Skim Anugerah yang bertaraf antarabangsa. Program ini telah diadaptasi daripada program The Duke of Edinburgh’s Award atau kini lebih dikenali sebaga The International Award for Young People. Ia telah diperkenalkan pada tahun 1956 di United Kingdom dan kini disertai oleh 147 buah negara seluruh dunia.
Skim pengiktirafan oleh pihak kerajaan ini mengiktiraf penglibatan remaja Malaysia yang berumur antara 14 hingga 24 tahun dalam bidang-bidang yang menyumbang kepada proses pembangunan mereka melaui pendekatan sepuluh (10) Gaya Hidup Rakan Muda. Program ini bukan suatu pertandingan tetapi lebih menekankan kepada cabaran individu selain daripada mengamalkan gaya hidup yang seimbang, fleksibel, penglibatan secara sukarela yang berterusan dan menyeronakkan. Kualiti program ini dikawal daripada segi pematuhan kepada piawaian dan prinsip yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa.
Taklimat ARPRM ini telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Jaafar, Pemerintah Kawasan St John Ambulans Malaysia Kawasan Kelantan Timur merangkap Pemimpin ARPRM. Turut sama Puan Masyitah Fadilla binti Rosdi @ Mohd Rosdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
