Kunjungan Hormat ABIM Kota Bharu Ke Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu

Kota Bharu, 28 April 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah menerima kunjungan daripada Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Kota Bharu pada 22 April 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat JBSNK.

Tujuan utama kunjung hormat ini diadakan adalah untuk mengadakan perbincangan dan bertukar pendapat berkaitan pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Daerah Kota Bharu disamping mendapatkan pandangan dan cadangan bagi permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan Geran Padanan Sukan. Disamping itu juga turut dibincangkan ruang dan peluang jalinan kerjasama antara kedua-dua belah pihak serta hala tuju pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Daerah Kota Bharu.

En. Aqil Iqbal bin Mohd Zulkifli, Yang Dipertua ABIM Kota Bharu, hadir bersama En.Mohd Aqif bin Ab.Halim,ahli ABIM Kota Bharu serta En Suhail bin Wan Azhar ,ahli ABIM Kota Bharu.
Sesi perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Pn.Nurul Asmad bt Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.Turut hadir Pn.Nur Amalina bt Mat Hussin, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search