Kunjung Hormat Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Bharu Ke SMK Pengkalan Chepa 2 Bagi Perbincangan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Bharu 2025

KOTA BHARU, 27 APRIL 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kota Bharu telah mengadakan perbincangan bagi pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Bharu Tahun 2025.

Program ini adalah bertujuan menarik penyertaan belia di peringkat akar umbi dalam menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara 2025 di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan serta menyediakan platform strategik kepada pemegang taruh untuk menyumbang kepada pembangunan belia.

Kehadiran YBrs Puan Nurul Asmad bt Che Harun, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu telah disambut mesra oleh En.Rozhan bin Ab.Rahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, turut hadir En. Mohammad bin Ismail Pegawai AADK kota Bharu serta En. Ruzaini Aiman bt Ruzlan, Pengerusi Kelab Belia Tunjong.

Lawatan ini adalah juga sebagai kunjung hormat PBSD Kota Bharu dengan Pengetua SMK Pengkalan Chepa 2 disamping memberi ruang kepada urusetia pelaksana Semarak Hari Belia Negara membuat penilaian terhadap kemudahan dan persekitaran yang sesuai bagi pelaksanaan program tersebut. PBSD Kota Bharu menerusi program ini akan terus memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan agensi berkaitan, NGO dan Komuniti setempat bagi mempastikan pembangunan belia berterusan untuk jangka panjang yang memberi impak positif kepada masyarakat umumnya.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search